Tuesday 29 March 2011

Tarbiyah itu...

Ikhwah wa Akhwat fillah Rahimakumullah,

Untuk menjaga kapasiti tarbiyah, daya tampung tarbiyah dan kualiti tarbiyah jangan sampai tarbiyah itu berkembang hebatnya tetapi sekadar menjadi majlis ta’lim, apalagi tabligh semata-mata. Jangan sampai tenaga dikerah, diperah, dicurah tetapi orientasi peningkatan tarbiyah hanya disekitar tabligh dan ta’alim sahaja.

Ini kerana kalau ta’alim itu tazwidul ‘ilm (pembekalan ilmu) manakala tabligh itu tazwidul ma’lumat (pembekalan informasi).

Tetapi kalau tarbiyah itu adalah tashhihul aqidah (meluruskan aqidah), tashhihul fikrah (meluruskan fikrah),tashhihul akhlaq (meluruskan akhlak) dan tashhihul ibadah (meluruskan ibadah). Sehingga taujih-taujih yang disentuh harus sangat terkait dan menyentuh mafatihul ‘uqul , mafatihul qulub wa mafatihun nufus (membuka kunci-kunci jiwa manusia, membuka kunci-kunci hati manusia dan membuka kunci-kunci aqal manusia)..

Tarbiyah harus lebih menggoncang, lebih berkesan dan lebih membangkitkan. Sebab tarbiyah bukan talqinul ‘ulum .

No comments:

Post a Comment